6 August 2026 · KMUM, @kmum1905
The committee for 2026/2027, announced
The result of the committee selection: JKRKS 2025/2026 dissolved, and the incoming committee named.
NOTIS PEMBUBARAN JAWATANKUASA RUMAH KEDIAMAN SISWA (JKRKS) SESI 2025/2026 & PENGUMUMAN JKRKS SESI 2026/2027
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) ingin memaklumkan bahawa Jawatankuasa Rumah Kediaman Siswa (JKRKS) Universiti Malaya sesi 2025/2026 telah rasmi dibubarkan pada 31 Julai 2026, sekaligus menandakan berakhirnya satu sesi kepimpinan dan khidmat bakti dalam memperjuangkan kebajikan serta kepentingan warga Rumah Kediaman Siswa.
KMUM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh barisan JKRKS sesi 2025/2026, khususnya Saudara Ahmad Aiman Danial Bin Abdul Khalid selaku Pengerusi dan Saudara Muhammad Iqbal Bin Mohd Asraf selaku Timbalan Pengerusi, atas segala komitmen, usaha dan khidmat yang telah dicurahkan sepanjang sesi kepimpinan.
Dalam masa yang sama, KMUM mengucapkan selamat maju jaya dan tahniah kepada barisan kepimpinan baharu JKRKS sesi 2026/2027 yang akan dipimpin oleh Saudara Muhammad Afsaruddin Rusyaidi Bin Mohd Affendi sebagai Pengerusi dan Saudara Mohamad Daniel Hakimi Bin Mohd Izan sebagai Timbalan Pengerusi.
Semoga kepimpinan baharu ini terus membawa aspirasi, kebajikan dan suara mahasiswa RKS dengan penuh amanah, integriti serta komitmen demi membina ekosistem kediaman mahasiswa yang lebih sejahtera dan inklusif.
Selamat berkhidmat dan teruskan perjuangan untuk mahasiswa!
Open the original on Instagram
